ENTERPRENEUR_Preneur_Live Webinar 8 (Pemasaran) – Strategi Pemasaran untuk Berdaya Saing
10 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 09 April 2026, telah berlangsung ENTERPRENEUR_Preneur_Live Webinar 8 (Pemasaran) – Strategi Pemasaran untuk Berdaya Saing. Webinar ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari. Tujuan Webinar ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang Webinar ini berlangsung, Puan Rozita menerangkan mengenai pamasaran dalam dunia perniagaan sebenar iaitu pemasaran, pelanggan, nilai dan komunikasi. Selain itu, Puan Rozita menerangkan mengenai produk berkualiti gagal dijual iaitu pelangan tidak faham, nilai tidak disampaikan, tidak berbeza dan mesej terlalu umum. Seterusnya, Puan Rozita menerangkan bagaimana membina pemasaran yang berkesan seperti fikir daripada sudut pandang pelanggan, jelaskan nilai sebelum harga, jangan anggap pelangan faham dan konsisten dengan mesej. Akhir sekali, Puan Rozita menerangkan cara untuk memahami 4P iaitu Promotion, Place, Product dan Price.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang Strategi Pemasaran untuk Berdaya Saing. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan di antara staf NADI dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: